TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, November 9, 2011

Contest gadget impian Denaihati.com

Jujurnya saya bukan jenis orang yang gilakan gadget. Kalau ada istilah 'Buta Gadget'.. sayalah orangnya. Setakat  handphone tu.. janji boleh call masuk.. call keluar dan ada alarm.. oklah tu. Kalau dapat pegang handphone yang canggih tu.. mula ler membebel pasal rasa susah nak guna. Bukan tak mahu maju ke depan tapi orang kata kalau dah biasa senang bila susah nanti susah.

Tapi..

Contest gadget impian di Denaihati ni memang betul-betul mengugat iman. Kalau menang.. susah pun sanggup belajar. Orang kata rezeki jangan ditolak. Dah ada depan mata.. takkan setakat tuah ayam nampak di kaki? Seharian suntuk saya menelaah di google untuk mengetahui apa itu gadget.

Memang hajat di hati nak dapatkan laptop yang baru memandangkan laptop yang ada ni pun teruk rongaknya. Jadi.. fikir punya punya punya fikir.. saya memilih..

Mc Book Air
(pinjam gambar kat blog Zulkbo..he3) 
Rasanya tiada masalah untuk saya belajar menggunakan laptop Apple memandangkan adik saya pun menggunakan produk Apple. Yang berminat.. cepat-cepat join  Contest gadget impian Denaihati.com sebab tarikh tutupnya sebelum 11.59 malam ni (Rabu).

“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti dan Serverfreak