TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, November 14, 2011

Isu guru yang tak habis-habis!

Kenapa saya suka mengulas bila orang sibuk mengutuk guru?

Walaupun ramai rakan seperjuangan kata.. jangan dilayan.. Bagi saya.. itulah masalah guru!

Guru membiarkan orang luar masuk campur urusan mereka!

Siapa lagi yang nak perjuangkan nasib guru kalau bukan guru itu sendiri? Nak harapkan orang luar? Sendiri tahu jawapannya. Majoriti berpihak pada yang mana? Orang luar faham atau tidak.. itu urusan lain. Yang penting guru menyuarakan isi hati dan mempertahankan profesion mereka.

Tak perlu bercerita tentang ikhlas atau tidak. Nawaitu setiap orang.. siapa yang tahu? Ikhlas atau tidak.. hak tetap perlu dipelihara. 

Sebagai guru saya tidak pernah mempertikaikan pekerjaan yang lain. Semua ada tanggungjawab masing-masing. Bila bercerita tentang tanggungjawab.. bukan mudah untuk melaksanakannya. Dari sekecil-kecil pangkat hinggalah sebesar-besar jawatan.

Bagi saya.. jangan beri komen ikut suka hati kalau tidak berada dalam situasi tersebut. Nak berlagak pandai.. bukan itu caranya.

 

Saya nak beri komen balas untuk pernyataan yang kedua. Anonymous ni tahu tak kenapa guru-guru diberi cuti sama seperti murid sekolah dan tidak seperti penjawat awam yang lain? Kalau dari pernyataannya tu.. nyata-nyatalah tak tahu. Sila cari jawapan dahulu sebelum beri komen macam ni. 

Kalaulah cikgu cuti macam penjawat awam yang lain? JENUH!