TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, September 6, 2011

Tengkolok Moden

Ada ke tengkolok moden? 


Ada rupa tengkolok tak? Boleh juga diberi tajuk Tengkolok Mini.


Aktiviti pendidikan seni visual tahun 3. Bidang D..kraf tradisional. 

Bahan-bahannya:
1. Kertas lukisan.

2. Gunting
3. Warna
4. Stapler 

Cara-caranya:
1. Lipat kertas lukisan kepada dua bahagian hingga membentuk satu segiempat sama. Gunting lebihan kertas.
 

2. Lipat sebahagian kertas secara bersilang seli (atas bawah). 
 

3. Rapatkan hasilan 2 kepada bahagian yang tidak dilipat.
 

4. Warnakan hasil (bahagian hadapan sahaja).
 

4. Staplerkan bahagian hujung kertas bila hasilan siap diwarnakan (Guru staplerkan).

5. Tengkolok mini yang sudah siap bolehlah dipamerkan di sudut khas dalam kelas.
Contoh hasilan yang kreatif.


SELAMAT MENCUBA!