Kedai wajib singgah!
Kalau nak pekena mee sizzling yang boleh tahan rasanya.. berkunjunglah ke Giant Sunway City, Ipoh. Memang agak susah nak cari mee sizzling yang dimasak oleh orang Melayu sendiri. Agak was-was untuk makan mee sizzling tak kira tempat walaupun yang di depan kaunternya orang Melayu. Bila intai di dapur?
Adik lelaki dalam gambar ni perasan yang gambarnya diambil. Itu pasal yang tersenyum simpul tu. Wajah adik ni memang manis. Salah satu faktor penarik di kedai tersebut.
Selain mee.. ada yee mee, nasi dan ketiau <--mana satu ejaan yang betul tah.
Harganya? Dalam lingkungan RM4.50 ke atas. Boleh juga tambah telur kalau mahu. Saya cukup suka rasanya yang boleh dikatakan secukup rasa. Mee, kuah, ayam dan cendawannya pun banyak. Memang puas hati betul.
Lupa pula nak snap gambar masa mee belum berusik. Kalau sesiapa yang suka cendawan.. memang akan puas hati bila makan mee sizzling ni.
Kedai ni dikongsi bersama agaknya. Pekerjanya semua lelaki. Tak pasti suami orang atau bujang lagi. Yang pasti.. bangga tengok anak Melayu yang tekun bekerja membanting tulang.
Peminat mee sizzling yang tegar. Dapat makan mee selepas sebulan tak singgah di sini.
Bila tengok gambar Angah diambil.. Along pun nak nyibuk sama. Along tak berapa sukakan mee tapi kalau mee sizzling ni.. dia layan jer.
Jom pekena!