TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, September 6, 2011

Ada kaki rupanya

Kes ni.. kalau mak mertua tahu.. tak tahu nak sorok muka kat mana dah. Kalau mak sendiri tahu.. mahu kena kutuk kaw-kaw punya..

Macamanalah tak perasan? Sabar jerlah..

 

Masa mula-mula beli.. punyalah membebel. Sikit punya payah ke nak tuang air. Kena letak kat tepi meja dan lapik talam kat lantai.. Takut air tumpah.

Dah dua tiga kali pakai.. barulah perasan..


Laa... ada kaki rupanyer. Ngapelah menyeksakan diri selama ini. Tak pasal-pasal jer habis air liur membebel mengata kat benda ni..


Barulah betul fungsinya. Tak payahlah nak letak kat tepi meja. lapik talam kat bawah kaki jer.

Jenuh fikir kenapa selama ni saya tak perasan. Jawapannya.. bila habis guna.. selalunya suami yang basuh. Kena tahun ni.. saya sendiri yang basuh. Terungkailah misteri yang membelenggu..

Moral of the story: Lain kali.. bila dah beli.. sila belek habis-habis sebelum guna.