TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, September 15, 2011

Jom pekena - Nasi ayam orang sakit

Sesuka hati jer nak letak nama nasi ayam orang sakit. Nak buat camna.. dah pandangan pertamanya begitu. Tak percaya? Tengok ni..


Kan.. kan.. kan?

Kalau duduk kat hospital.. makan dalam tray macam ni lah. Tak salah kan kalau saya bagi nama nasi ayam orang sakit?

Rasanya? Memang sedap! Nasinya gebu. Ayamnya gebu. Sayurnya.. gebu. Pendek kata.. gebu-gebu belaka. Sos dan kicapnya pun sesedap rasa. Memang berbaloi dengan harganya yang mengebu... hanya RM3.50. Kalau time lapar giler.. rasanya tak cukup satu tray sebab sedap sangat..

Kat mana nak cari?

Jeng..jeng.. jeng..

Kerana namanya nasi ayam ayam orang sakit.. nasi ayam ni dijual di Kantin Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Tak payah tunggu sakit atau masa nak melawat orang sakit. Bila-bila pun boleh serbu..