Bila tiba Bulan Kemerdekaan... guru jadi tak menang tangan. Itu tidak menjadi permasalahan. Alah bisa.. tegal biasa. Dalam memupuk semangat cintakan negara yang biarlah bermula dari rebungnya seterusnya mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara.. pelbagai aktiviti dirancang agar semangat cintakan negara itu tumbuh subur dalam diri anak yang lahir dalam zaman selepas merdeka.
Berkata itu mudah.. nak merealisasikan itu susah. Mencipta kad Hari Merdeka adalah satu perkara yang menyusahkan hati anak-anak kecil ini. Namun.. dengan bimbingan daripada guru.. akhirnya mereka kembali bersemangat dan kelihatan begitu teruja.
Lihatlah hasil kreativiti anak- anak merdeka yang berusia 9 tahun. Kerana semangat cintakan negara.. masa yang diperuntukkan selama 1 jam dilanjutkan kepada 2 jam atas permintaan anak-anak tersebut. Begitu bersemangat anak-anak ini menyiapkan kad "Saya Cintakan Malaysia".
Sebagai guru.. tentunya saya berharap semangat cintakan negara akan terus mekar dalam jiwa anak-anak ini sampai bila-bila. Kemerdekaan Malaysia tidak akan ada makna tanpa penyambungan cita-cita daripada bakal pemimpin negara.
Objektif Falsafah Pendidikan Negara.. Insyaallah~
SAYA CINTAKAN MALAYSIA!
Objektif Falsafah Pendidikan Negara.. Insyaallah~
SAYA CINTAKAN MALAYSIA!
“Cabaran Malaysia #Merdeka54 dianjurkan oleh Blog Denaihati dengan, kerjasama eQurban“.