TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, September 16, 2011

Testis besar sebelah

Agak kurang sesuai untuk saya menulis tentang ini. Maklumlah.. saya bukanlah pakar perubatan ataupun seeorang yang mengetahui tentang perkara ini dengan lebih mendalam.

Tapi.. tak salah rasanya saya berkongsi apa yang saya tahu. Maklumlah.. saya mempunyai tiga orang anak lelaki dan salah seorang daripadanya memang mengalami masalah testis besar sebelah. Kena pula.. seseorang telah meminta bantuan saya untuk memberi penjelasan terhadap permasalahan yang sedang dia alami.


Sepengetahuan saya (merujuk masalah anak saya), masalah testis besar sebelah bukanlah perkara yang kurang normal. Namun begitu.. individu yang mempunyai testis yang besar sebelah berisiko untuk di serang penyakit seperti angin pasang atau dikenali juga sebagai hernia. Untuk kes anak saya.. sebagai ibu saya perlu sentiasa memantau keadaan dirinya bila dia mengadu sakit di bahagian ari-ari ataupun di bahagian testisnya.

Angin pasang berlaku kerana wujudnya gumpalan usus yang termasuk ke dalam kerandut melalui pembukaan antara kerandut dan perut. Jika benda besar (kelihatan seperti biji angin) dalam kerandut itu dipicit.. ia akan mengempis tetapi akan kembali semula kepada bentuk asalnya.

Kaedah perubatan yang saya lakukan untuk anak saya ketika dia masih bayi ialah membalut testisnya dengan daun kecubung. Ada juga petua yang mencadangkan penggunaan daun sireh yang dilayar dengan api serta disapu minyak kelapa.

Selalunya.. doktor tidak mengalakkan sama sekali proses urutan dilakukan dalam mengatasi masalah ini kerana dikhuatiri lebih memudaratkan keadaan. Untuk kes anak saya.. saya pernah merujuk kepada tukang urut dan hasilnya.. testisnya masih begitu cuma masalah angin pasang belum lagi berulang hingga sekarang.

Untuk kes yang lebih kronik.. jalan penyelesaiannya ialah pembedahan tetapi itupun bukan 100% memastikan masalah yang sama takkan berulang.

Kepada pengaju soalan.. rujuklah kepada doktor pakar. Tiada apa yang perlu malukan. Sememangnya tugas doktor memantau tahap kesihatan pesakitnya.