Lama dah tak letak tajuk panjang-panjang. Tajuk ke namanya kalau dah panjang gini? Ada orang kata tak sesuai. Bagi saya.. tak kisah pun. Blog bukan buku.. kalau buku.. mungkin juga masalah nak letak tajuk panjang-panjang. Mana nak letak illustrasi lagi. Pendapat masing-masing..
Ambil pengajaran daripada apa yang berlaku hari ini. Kalau dah biasa rutinnya.. bangun pepagi mandi dan siap-siapkan apa yang patut sebelum bersantai semula.. hari ni.. konon-konon nak melingko lah lama-lama. Mata yang tak mahu pejam buat-buat pejam padahal dok terkebil-kebil.
Kena-kena abah telefon ada emergency. Mak diserang gastrik. Adik ipar pengsan. Abah suruh datang rumah. Ambik! Baru tahu kelam kabut. Takkan nak terjah dengan badan yang 'sewangi alam'. Terkocoh-kocoh bersiap. Yang budak kecik ni.. time tu lah nak menunaikan 'hajat'. Takkan nak angkut jer. Kena juga ler beristinjak. Dalam kelam kabut.. banyak masa yang terbuang.
Nampak seperti perjalanan hidup yang simple.. tapi.. memang serik. Memang tak suka keadaan kelam kabut. Rasa macam ada tulang kat kerongkong.
Anda pernah alami situasi yang sebegini?