TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, August 14, 2011

Ibu-ibu yang menyusukan anak - Bila kelonggaran telah diberi...

Teringat kata ustaz masa zaman belajar dulu. Kalau dah diberi kelonggaran.. ambillah. Takut nanti.. dicop sebagai individu yang sombong dan bongkak. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak.. dibolehkan untuk tidak berpuasa atau berbuka puasa jika memudaratkan diri, anak atau kedua-duanya.

 sumber: http://panduanpercuma.info/agama/739/berpuasa-bagi-wanita-hamil/

Adik ipar pengsan kerana kekurangan air dalam badan. Dua botol air dimasukkan ke dalam badan. Ibu yang menyusukan anak sememangnya memerlukan lebih air daripada wanita yang tak menyusukan anak. Ibu yang menyusukan anak perlu mengambil sekurang-kurangnya  3 botol air mineral saiz besar bagi memastikan kandungan air dalam badan mengcukupi.

Selalunya, masalah terjadi kepada ibu yang kurus atau mempunyai berat badan yang tidak mencapai tahap ideal. Walau bagaimana pun.. ibu yang menyusukan anak masih boleh berpuasa dengan syarat mengamalkan diet pemakanan yang betul. Banyak info yang boleh diperolehi di Google tentang cara diet yang betul untuk berpuasa jika ibu-ibu menyusukan anak.