TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, August 14, 2011

Datang haid di bulan puasa - Jujurnya.. kamu tak mampu

Sememangnya setiap apa yang Allah ciptakan itu mempunyai kelebihan yang tersendiri samaada kita sedari secara langsung atau tidak. Ikhlas lah keranaNYA dan jangan sesekali merungut dengan apa yang telah ditentukanNYA. Tiada satu pun kejadian yang diciptakan hadir secara sia-sia melainkan ada hikmah di sebaliknya.

Sering mendengar keluh kesah rasa kecewa daripada kaum sejenis bila datang haid di bulan ramadan. Dengan riak wajah yang sedih dan terkilan. Mengomel.. merungut.. kerana tak dapat berpuasa sebulan penuh.

Orang seperti saya memang terasa ralat di situ. Kenapa kamu tidak bersyukur? Mendapat kelebihan yang diberi yang bukannya dinikmati oleh semua kaum sejenis kamu. 

Siapa yang tidak ingin berpuasa penuh? Siapa tidak ingin mendapat keberkatan di bulan ramadan?

Tapi.. adakah kerana kamu datang haid.. kamu tidak dapat apa-apa ganjaran dariNYA?

Saya selalu dapat berpuasa penuh. Kitaran haid saya tidak mengambarkan nama. 

Jujurnya.. saya tak mampu dan saya yakin jika mereka diletakkan dalam situasi seperti saya. Mereka juga tidak mampu. Bukan tak bersyukur dapat berpuasa penuh. Saya pasti ketentuan yang Allah pilih adalah terbaik bagi saya. 

Bila kitaran haid tidak normal.. sudah tentunya ianya berkait rapat dengan hormon. Hormon yang tak stabil. Emosi yang terganggu. Kesihatan yang tidak mengizinkan. Segalanya bercampur baur. Simpton-simpton kedatangan haid tetap dirasai. Sakit pinggang, memulas, mood tak betul.. yang bezanya.. tiada darah. Sukar untuk menjelaskannya di sini..

Memang memerlukan keazaman yang tinggi untuk terus berpuasa.

Buat wanita yang normal.. bersyukurlah. Jangan angkuh.

Di sebalik kita berkata kita mampu.. mana tahu sememangnya kita tak mampu..