Tah kenapa mood rajin hari ni lebih daripada biasa. Selalunya... kalau berbuka puasa... menunya.. nasi goreng ataupun paling kurang satu jenis lauk sahaja. Makan bertiga. Anak yang berpuasa cuma Along. Angah hanya mampu sekerat hari jer.
Menyambut kepulangan suami tercinta. Asyik air tangan dia jer.. kali ni saya ambil alih. Itu pun.. dia masih sibuk nak masak satu menu. Nak buat camna.. dah hobi suami memasak. Ambil peluanglah atas hobi yang ada untuk saya goyang kaki. Mak kata.. bukan suami saya yang rajin masak tapi saya yang malas. Nak taknak.. terpaksalah dia masuk dapur. Ade ke patut mak cakap macam tuuu? Patut ke.. patut ke?
Memang suami rajin masak. Buku masakan kat rumah ni.. dia yang punya. Kadang-kadang.. bukan tak kesian tengok dia letih balik kerja dan seminggu sekali ada kat rumah ni. Tapi.. dia nak masuk dapur juga.
Salah satu koleksi buku resepi yang suami ada.
google
Menu hari ni. Mewah daripada biasa. Sebab tak selalu masak begini. Tu yang nak abadikan dalam blog ni.
Ikan Siakap masak masam manis. Punyalah pening nak buat pilihan. Nak masak 3 rasa ke.. masam manis ke atau masak stim. Last-last jadilah ikan siakanp masak masam manis. Punyalah Along suka. Sampai suruh impan sikit untuk sahur.
Ini namanya masak Tomyam terlebih sudahhh. Nak habiskan pes tomyam punya pasal. Masuk selagi hendak. Nak tinggalkan sedikit.. alang-alang jer. Kan dah terlebih sudahhh..
Sayur kegemaran suami. Ada cendawan. Orang tua kata.. ibu yang lepas bersalin.. tak boleh makan cendawan sampai baby umur setahun. Nanti peranakan senang jatuh. Kebenaran? Wallahuallam. Ikut jer pantang tu.
Ini sebenarnya bekalan untuk bersahur hingga habis bulan ramadan. Along suka makan ikan bilis.
Semua menu yang dikumpulkan. Rasa-rasanya.. menu yang mana cik abang saya masak?