Dah lama saya perhatikan. Samaada terlibat sendiri dalam situasi tersebut atau melihat perkara tersebut berlaku pada orang lain. Kenapa menipu?
Kanak-kanak yang menjadi mangsa. Dalam diam.. rupanya ramai peniaga yang tak jujur. Bila yang bernama anak menjadi pelanggan mereka... mula buat sikap sambil lewa.
Ada kes... peniaga mencampurkan bawang yang dah buruk bila kanak-kanak yang membelinya. Ada kes peniaga menjual air minuman yang cair berbanding dengan air orang dewasa tapi dijual pada harga yang sama. Ada juga.. lain yang diminta oleh kanak-anak tersebut tapi dek kerana sudah habis.. digantinya dengan barangan yang bukannya pilihan mereka. Ada kes makanan main masak campak-campak tanpa rasa bila kanak-kanak yang membelinya. Itu belum termasuk kes yang tak pulang baki atau sengaja salah kira.
Adakah kanak-kanak ini tidak berhak mendapat hak mereka seperti orang dewasa dalam kes sebegini? Adakah mereka lupa yang kadangkala anak-anak ini hadir sebagai mewakili orang dewasa yang mengirimkan pesan?
Jangan ingat.. sikap dengan kanak-kanak tak tercatat dalam amalan dan tak dihitung di akhirat...