Terpanggil untuk menulis isu ini bila tak sengaja menonton 'Nora Elena' yang begitu hebat akibat penangan Seth Tan yang tetiba menjadi igauan ramai gadis. Kerisauan Elena untuk berdepan dengan suaminya Seth Tan. Sejarah silam yang menghantui sepanjang hidup.
Saya rasa ramai gadis di luar sana yang mengalami nasib seperti Elena merasakan perkara yang sama. Bagaimana untuk berdepan dengan bakal suami bila diri sudah tidak lagi suci. Walaupun wujud segelintir golongan yang seolah-olah bermegah tapi pastinya suatu hari...sedikit sebanyak kerisauan tetap bergelojak.
Perlukah untuk bersikap jujur?
Bukan kejujuran yang menjadi persoalannya di sini. Tutup buku lama.. buka buku baru. Jika ianya sejarah hitam.. pasti tidak mahu diingati. Jika ianya ketelanjuran pastinya ianya disesali. Bakal suami/ suami tak perlu tahu!
Bimbang dituduh tidak jujur jika rahsia terbongkar?
Orang lama kata.. lelaki takkan tahu seorang perempuan itu ada dara atau tiada dara melainkan dia sendiri pernah merasainya. Darah merah tanda pecah dara bukan petanda utama. Hubungan yang dinikmati yang membezakannya. Kalau lelaki itu tahu.. tiada yang membezakannya dengan diri yang tak suci..
Kejujuran yang makan diri sendiri bila menjadi ungkitan. Hati manusia.. hari ini boleh terima.. esok lusa cari punca. Yang penting.. hindari diri dari 'pisang berbuah dua kali'. Ubah kehidupan ke arah yang lebih baik dan bina keluarga yang harmoni.
Berlaku jujur bukan jalan menghilangkan rasa serba salah yang wujud dalam jiwa. Bertawakal dan berserah kepada Allah s.w.t adalah sebaik-baik tindakan. Kepada NYA tampat mengadu dan kepada NYA letaknya kejujuran itu.