TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, June 19, 2011

Laman hina Islam tumbuh bak cendawan lepas hujan - Biarkan

Lepas satu... satu. Isu yang tidak sudah dan sememangnya telah termaktub dalam perjalanan yang ditentukan. Sememangnya ajaran yang dibawa oleh Rasullah s.a.w itu benar dan apa yang terkandung dalam Al-Quran itu nyata.

Mengutuk.. mengecam!

Apa lagi yang kita mampu?

Sememangnya itulah niat musuh Islam. Meletakkan diri kita sama seperti mereka. Sama-sama mengeluarkan perkataan kesat . Memaki.. mencarut. Saling tak ubah kan? Sama tapi tak serupa...

Dari melayan lebih baik kita berusaha mencari jalan kemajuan umat Islam bersama. Cari strategi yang lebih berkesan dalam melumpuhkan propaganda yang dirancang. Dalam mencuba menaikkan kemarahan umat Islam.. sebenarnya isu yang wujud tidak lain untuk meletakkan kita dalam tahap yang sama. Tidak berganjak dan tidak keluar dari kepompong.

Tak mahu berkongsi link isu terbaru. Dari membiarkan saudara-saudara seIslam membaca kutukan dan makian terhadap Agama sendiri... dalam diam dan tanpa sedar.. dalam membaca.. hati menyebut.

Astagfirullah A'lazim~

Biarkan mereka. Orang begini tak boleh dilayan. Jangan masuk dalam perangkap yang dipasang tanpa sedar.