Saya tertarik dengan sebuah tajuk di dalam akhbar terkemuka. Tajuk yang gempak tak membawa maksud dalam pengalaman yang dicerita. Tajuk yang boleh mengundang persepsi yang tidak baik jika isi tidak di dalami.
Secara jujurnya.. melalui pengalaman saya sendiri.. seorang guru itu takkan memukul seorang muridnya atas alasan tidak pandai. Bagi saya.. bukan pandai tak pandai yang menjadi persoalan tetapi sikap murid itu sendiri.
Secara lumrahnya.. bila seorang murid itu tidak pandai.. automatik dia tidak berminat untuk belajar. Bila tak minat belajar.. maka timbulllah implikasi negatif yang lain seperti menganggu proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri.
Anak yang tidak pandai tak perlu diakui tidak pandai selamanya. Jika dia sendiri mempunyai sikap untuk memajukan diri sendiri.. mustahil sekali untuk dia dijadikan bahan pukulan gurunya.
Saya selalu kata.. kalau tak pandai cikgu boleh ajar tapi kalau dah malas.. pisau kat tengkuk pun takkan boleh buat apa-apa. Ramai anak didik saya yang pada awalnya agak lemah tapi semakin maju dalam pelajaran matematik. Bukan kerana saya atau pun mereka pandai secara tetiba tetapi sikap mereka yang mahu mendengar kata dan berusaha untuk berubah.
Seorang murid berjaya menjadikan saya sebagai makhluk hijau bernama Incredible Hulk hari ni. Buku tak bawa satu hal. Saya bagi kertas untuk dia catat nota dia boleh sorok kertas tu bawah meja dan kata kertas hilang. Hidup baru 'setahun jagung' dah pandai nak temberang bukan-bukan hala. Bila suruh belajar.. tahu kata tak pandai tapi pandai pula nak buat kacau dalam kelas mengganggu murid-murid lain yang ingin belajar.
Banyak ibubapa yang mempunyai golongan anak yang lemah menyalahkan guru bila guru memarahi anak-anak mereka. Tak terkecuali ibubapa yang mempunyai anak istimewa. Yang disangka.. guru marah kerana anak mereka tidak pandai. Lain yang guru tekankan lain pula mereka membuat andaian.
Jangan tak tahu beban yang guru tanggung sama. Tanpa kemajuan mereka.. yang dipersoaljawabkan ialah guru itu sendiri. Dalam perguruan.. murid tidak salah. Kalau tak sama-sama memahami.. yang rugi?
Jawab sendiri~