Dah lama saya perhati.. peniaga tak kisah lagi untuk menjual rokok pada mereka yang di bawah umur 18 tahun. Baju sekolah yang masih tersarung pun bukan alasan untuk urus niaga tidak dilakukan.
"Dah tak kuasa dah. Dihalang kang takut jadi macam-macam hal. Tahulah bebudak sekarang..", balas seorang peniaga.
Saya pernah menelefon polis membuat aduan tentang peniaga yang menjual rokok pada golongan yang berumur 18 tahun ke bawah. Pelajar tu nyata-nyata masih berpakaian uniform sekolah.
Memang alasan tak kuasa menghalang ataupun nak kan keuntungan sebenarnya?
Kalau semua peniaga seperti apa yang saya lihat.. baik hentikanlah segala kempen. Buat bazir duit kerajaan dan rakyat sahaja..