Jangan beli kereta mewah... nanti patah jari!
Menulis berdasarkan pemerhatian. Memang dah selalu lihat. Pakai kereta besar dan mewah tapi bab bagi signal susah bebeno. Agaknya kalau pakai kereta mewah ni.. boleh buat undang-undang sendiri kot?
Elok je mengoda suami dengan ayat selembut kata. Hajat di hati.. ingin impian jadi kenyataan lima tahun lagi. Kereta Honda Accord model punggung besar menjadi idaman.
Tak payah. Kereta mewah macam tu mana ada signal kata suami.
Bila segala boleh diautomatikkan. Agaknya signal pun kalau boleh nak jenis automatik sama.
Penat mengoda jer...