TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, May 1, 2011

Muntah - muntah

Mengandung lagi? 

Oh TIDAK! Tidak sama sekali!

Bukan taknak tapi kesihatan tidak mengizinkan. Bakal membahaya diri dan kandungan nanti. Kalau boleh dielakkan.. cuba selagi terdaya.

Kenapa kalau seorang wanita muntah-muntah jer akan timbullah persoalan "Mengandung ke?".

Muntah-muntah menyiapkan jawapan kepada soalan online yang diterima. Soalan Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran yang membawa markah sebanyak 72% dengan wajaran 10%. Perlu di siapkan dalam tempoh 3 hari sahaja.

Mana tak muntah kalau tidur tak cukup bila buku dan laptop dihadap. Idea yang mencurah-curah tak kunjung tiba seperti hujan yang turun tak berhenti. Kalau kepala digegar sekalipun belum tentu otak akan cair mengumpul jawapan yang dirasakan bersesuaian.

Buat.. jangan tak buat. Kata rakan-rakan lain.. buat dan hantar. Jangan buat-buat tak tahu.