Hujung minggu.
Ramai yang ternanti-nanti. Apalagi bila ianya disertai dengan cuti tambahan pada hari yang berikutnya.
Akan wujudlah ramai golongan yang akan mengambil kesempatan. Kesempatan dalam ertikata memberi kelebihan pada dirinya.
Bersantai bersama keluarga. Balik kampung. Kenduri kendara.
Dalam kelebihan ada pula yang tak senang. Cuti lebih-lebih pun susah juga.
Manusia.. mana pernah puas?
Naib baik amarah terkawal bila aktiviti yang dicadangkan pada minggu ini ditangguhkan. Syukur dan berterima kasih kerana memahami.
Masih tak senang bila ujian online pertama mengoncang akal fikiran tua yang dah lama berkarat.
Kalau karat.. ada kaedahnya supaya ia berjaya dinyahpulihkan.
Akal yang berkarat ni.. hanya perlukan masa dan masa sememangnya tak pernah menunggu.
Jangan suruh rendam buku dan telan airnya. Pendidikan sekarang tidak lagi berasaskan fakta.
Ada sesiapa yang tak senang seperti saya?