TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, April 29, 2011

Sepotong kek untuk cikgu

Jangankan kata sepotong.. kalau hanya secubit pun cukup untuk membuat saya terharu.

Itu yang saya rasakan bila menerima sepotong kek hari lahir anak murid saya. Ingatannya terhadap cikgu yang pernah mengajarnya memandang tahun ni saya tidak mengajar kelasnya lagi.

Lumrah.. kebanyakan murid akan buat-buat tak tahu dengan cikgu yang pernah mengajarnya jika cikgu tersebut tidak lagi mengajarnya pada tahun semasa.

Kadangkala.. selisih bahu pun buat-buat tak nampak. Nak beri salam pun jauh sekali.

Syukur... kebanyakan anak murid saya tidak bersikap sedemikan. Hanya segelintir sahaja tapi yang segelintir itu pun cukup menyakitkan.

Bukan minta untuk dihargai sangat. Kecewa yang mengundang bila apa yang dididik tidak tersemat dalam jiwa anak murid itu.

Bagaimana dengan kehidupan murid bila dewasa jika amalan tidak terpupuk di dada?

Cikgu.. berdepan dengan kerjaya yang membentuk manusia menjadi insan yang berakhlak. Itu yang membezakan kerjaya ini dengan yang lain.