TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, April 28, 2011

Pinjam sekupang

Sekupang = Seposen = Sepuluh sen

Siapa kata sekupang takda nilai? Tanpa sekupang duit boleh tak cukup genap RM100

 google

Sedar dan tidak.. sekupang seperti tiada nilai lagi. Adakah dek kerana itu jarang lagi kita mendengar orang yang nak pinjam sekupang.

Kalau zaman sekolah dulu.. adalah rakan-rakan yang nak pinjam sekupang. Murid-murid sekarang dah tukar ayat..

"Pinjam seringgit".

Kesian kat sekupang. Kalau bagi derma atau upah yang bernilai sekupang.. akan kelihatanlah memek wajah menjuih atau paling tidak dapat cop kedekut.

"Sekupang jer?"

Setakat duit sekupang tercicir.. jarang yang nak cari dan kutip semula. Duit sekupang pun selalu bersepah merata-rata.

Teringat masa kecil-kecil dulu.. bila habis pasar malam, saya akan ke tapak untuk cari duit yang berteraburan. Banyak duit sekupang yang ditemui dan jangan tak percaya.. bila kumpul-kumpul.. kadangkala mencecah puluhan ringgit.

Macamana yer nak didik anak-anak menghargai duit sekupang?