TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, April 17, 2011

Tiada lagi yang murah

Bila pelaburan dibuat untuk sesuatu perkara.. tentulah kita mengharapkan yang ianya berbaloi dengan apa yang kita keluarkan.

Saya baru sahaja selesai melakukan pengubahsuaian rumah. Ramai yang mempertikaikan pelaburan yang dibuat agak mahal.

Memang ramai yang nak murah tapi yang murah itu adalah sama nilai dengan kemurahan yang diberi. Secara logiknya.. jika lebih upahnya.. maka baguslah perkhidmatannya tapi kalau murah.. yang ala kadar sahaja.

Yang menipu tu lain cerita pula.

Kualitinya boleh dilihat. Cara pembinaannya.. struktur lepaannya dan tempoh ketahanannya... memang berbeza.

Kadangkala orang kata kita berlagak bila kita bercerita sedangkan kita cuba mengajak mereka membuat perbandingan. 

Ada telinga.. buat-buatlah tak dengar.

Memang ada benda yang murah tapi dunia sekarang selalunya tiada lagi yang murah tu pun bagus. Pendapat kamu pula bagaimana?