Selagi tak tahu.. selagi tu dicari maknanya sampai dapat. Nasi korek-korek yang menimbulkan pelbagai pertanyaan dan andaian dalam entri yang INI.
Rupa-rupanya.. nasi korek-korek ni ialah nasi yang lauknya diletakkan dahulu dalam pinggan dan nasinya di atas lauk tadi. Jadi.. kalau nak cari lauknya.. kenalah korek-korek dulu nasi tersebut. Selalunya lauknya pula adalah lauk ayam yang dipotong kecil-kecil.
Tak pernah cuba makan lagi menu ni. Kedai ni terletak di Tanjung Malim, Perak. Ingatkan.. kuliah yang akan datang nak cuba rasa tapi pemberitahuan terbaru.. tiada lagi kuliah di UPSI. Kena tunggu bila time examlah nanti.
isza; Hari tu ada jumpa info tentang nasi korek-korek ni bila google. Hari ni.. bila google semula.. tak jumpa-jumpalah pula..