TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, April 17, 2011

Semudah itu jer?

Menerima panggilan telefon dari pihak yang mengaku yang mereka wakil dari pihak sekian-sekian. Sebagai pemegang kad kredit.. saya ditawarkan insurans yang bernilai sekian-sekian dengan kelebihan sekian-sekian.

Setelah penerangan diberi dengan bla.. bla.. dan bla..

Alamat Puan apa yer?

Eh.. eh.. apa ni? Tetiba minta alamat?

Tak tanya pun setuju atau tidak. Ni insurans main paksa-paksa ke?

Nasib baiklah saya ni dah banyak belajar dari pengalaman dan pengalaman orang lain tentang perkara ni.

Saya taknak!

Kenapa puan taknak? Bla..bla.. bla dan bla.. bla.. lagi.

"Puan.. bukan ke pelanggan diberi tempoh bertenang untuk sesuatu perkara seperti ini. Bukan terus-terus sahaja minta alamat," ujar saya.

Laju jer ucap kalau taknak takpalah bila dengar yang kita pun tahu serba sedikit tentang hak kita sebagai penguna. Nampak sangat nak kejar komisennya.

isza: Dengar cerita.. hanya satu insurans sahaja yang boleh dituntut jika apa-apa yang berlaku pada kita walaupun kita mempunyai insurans yang lain. Betul ke?