Menerima panggilan dari pihak sekolah yang anak terberak dalam seluar. Apahal lah anak ni? Dah besar-besar pun berak dalam seluar lagi. Berak.. bukannya cirit...
Terberak dalam seluar akibat takutkan cikgu?
Memang Along terberak tapi bukan kerana itu. Alasan yang Along beri ialah Along tak suka tandas sekolah. Kotor! Dan macam tak percaya Along kata dia tak pernah gunakan tandas sekolah. Kerana tahan punya tahan sampai tak tertahan...
Kesempatan menjemput Along saya gunakan untuk berbicara dengan guru kelasnya. Ingin juga saya ketahui sebab kenapa Along selalu mengelat untuk ke sekolah.
Memang cikgu selalu memarahi dan mendenda Along tapi cikgu bukan orang gila yang suka marah tak tentu pasal. Along suka mengelamun dalam kelas. Akibatnya.. dia sering gagal menyiapkan kerja sekolahnya. Kalau dimarah atau didenda.. tak sampai sepuluh minit.. segalanya beres.
Akhirnya terjawab segala persoalan. Kalau kita tak bincang hati ke hati.. mata bertentang mata.. pasti salah faham yang akan menyelubungi diri. Jangan harapkan anak bersikap jujur. Helah bela diri memang sifat semulajadi seorang anak untuk melindungi dirinya. Tak pasal-pasal ibubapa dan cikgu yang sering bergaduh jika ibubapa terlalu percayakan anak.
Faham benar dengan sikap Along yang tu. Masa tahun satu dulu pun begitu juga tapi cikgu layan baik-baik sebab masih tahun satu. Tak sangka pula Along masih terbawa-bawa hingga ke tahun dua. Kalau tak dinasihati.. pasti jadi daging.
Kalau saya dapat aduan dari cikgu lagi.. pasti saya bagi double.
Peringatan untuk Along.