TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, March 3, 2011

Fuhhh.. panjangnya ko**kkk...

Kalau sesiapa yang menonton Hantu Kak Limah Balik Rumah pasti biasa dengan dialog yang menjadi tajuk entri ini.

Bagi sesetengah masyarakat di sini.. menyebutnya tidak dikategorikan sebagai carutan. Ayat biasa sahaja. Kena-kena pula hantu k***k memang cukup popular di sini suatu ketika dahulu.

Teringat pengalaman masa kecil dulu bila seorang rakan sepermainan saya gagal ditemui angkara kami bermain aci nyorok pada waktu petang menyambut senja. Riuh sekampung jadinya. Terpaksalah mencari mereka yang berilmu agar rakan sepermainan saya dapat ditemui semula.

Malam yang kelam bertukar terang benderang seperti pesta lagaknya. Setelah berhempas pulas.. akhirnya orang kampung berjaya menemui rakan saya yang menyorok di belakang pintu rumah. Yang menghairankan.. kami telah memeriksa belakang pintu rumah beberapa kali tapi memang pasti dia tiada di sana.

Menurut ceritanya.. dia nampak kami beramai-ramai sedang mencarinya. Puas dia menjerit tapi suaranya tak keluar. Apa yang bersamanya ialah sepasang payudara yang besar dan busuk. Tak tahulah setakat mana kebenarannya. Wallahualam~

Cerita sekadar mukadimah. Yang menjadi masalahnya... ayat fuhhh panjangnya k***k ni telah meniti di bibir  anak-anak soleh ni. Terpengaruhlah tu. Kadangkala siap ditukarnya pula pada fuhhh panjangnya dot..dot..dot..

Cabaran betul mendidik anak-anak zaman sekarang.  Kalaulah tetiba jer anak-anak ni tuturkan ayat tersebut pada seseorang... tak ke haru?