TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, March 21, 2011

Program Pendidikan Jarang Jumpa

Memang jarang jumpa kerana untuk pertama kalinya dilaksanakan bagi menjayakan hasrat Kementerian Pelajaran yang ingin mewujudkan 60% guru sekolah rendah yang berijazah.

Progran Pensiswazahan Guru (PPG) Secara Jarak Jauh Peringkat Ijazah Pertama.

Kementerian Pelajaran mensasarkan 45000 orang guru. Jumlah yang memhon adalah sebanyak 30000 orang guru. Ramai guru yang terlepas pandang ataupun mungkin ada yang menjangkakan ianya seperti program-program terdahulu.

Program ini dijalankan secara jarak jauh yang membawa maksud.. guru-guru yang bergelar mahasiswa tidak perlu hadir sentiasa untuk mengikuti pembelajaran sebaliknya.. kebanyakan proses pembelajaran dijalankan secara online.

Dengar kuliah secara online.

Assignment secara online.

Belajar secara online.

Dan yang lebih menarik.. program ini ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan.

Hanya dua kali pengambilan ditawarkan. Kepada guru-guru yang terlepas peluang.. rebutlah satu lagi peluang yang tinggal. 

Sahutlah seruan dan jangan persiakan peluang yang ada.