TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, March 20, 2011

Kenapa dengan orang lelaki ni yer?!

Bukan semua tapi bila terjadi satu-satu kes.. begitulah ceritanya. Orang lelaki yang bergelar suami.. main perempuan lain. Hishhh.. memang susah nak faham..

Dengan perempuan yang bukan bernama isteri sanggup berhabisan wang ringgit tapi dengan isteri sendiri.. berkira yaaa amattt. Sebab perempuan lain juga.. si suami sanggup maki atau pukul isteri yang dia suatu ketika dulu melafazkan "Aku terima nikahnya...".

Lafaz yang tiada nilai maknanya.

Kebanyakan kes yang terjadi.. isterinya masih bergetah tapi masih nak makan luar.

Jangan mereka pelbagai alasan untuk menghalalkan tindak tanduk yang menjerumus ke arah maksiat.

Isteri tak pandai masaklah. Isteri tak pandai berhiaslah. Isteri itu inilah..

Dah namanya ketua keluarga.. atasilah masalah yang ada jika isteri begitu begini. Bukannya lari dan buat masalah yang lain pula. Bila dah kantoi.. tunjuk ego.. maki isteri.. sepak terajang isteri. Itu namanya lelaki dot..dot..dot.

Orang perempuan kalau dah nekad.. jangan bawa anak. Biar tinggal dengan suami yang lupa diri tu. Jangan bagi dia senang lenang lagi mudah untuk melaksanakan urusan peribadi yang menjengkelkan tu. Nak harap dia bagi nafkah.. orang tengah mabuk cinta.. jarang sekali dia peduli.

Itu kata-kata yang saya dengar dari seorang kaunselor.

Jangan tuduh orang perempuan tak sayang anak. Letakkan beban yang sepatutnya pada golongan yang dikatakan gagah perkasa tuuu.