Usin: Uwaaa... (menangis) <--- Usin.. Usin..Usin.. (sambil kedengaran pintu dicakar-cakar)Bapak Usin: Hei Bapak Busu...mana anak engko??? Meh sini aku nak lempang. Hari tu... selamba jer anak ko pau anak aku. Dah le pau anak orang pastu pergi beli pau dengan duit yang dipau. Ini sudah melampau tau tak?!!!Bapak Busu: Busu bin Bapak Busu! Meh sini budak bertuah! Engkau pau duit dia beli pau yer? Ni kalau akhbar dapat skop cerita ni.. mahu masuk dalam akhbar Nanyang Siang Pau. Berapa kau pau dia?Busu: 5 kupang pak...Bapak Busu: Hah!!! Setakat 5 kupang aku pun leh bagi. Nak beli pau pun tak lepas tu. Harga pau kan dah mahal sekarang. Lain kali kau pau banyak sikit. Buat malu aku jer...Bapak Usin: Blurrr...
Memang banyak gejala 'bapa borek anak rintik' dan 'mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?'
Kenapa harga pau mahal sekarang ni yer? Makan satu pun belum tentu kenyang.
Rindu kat pau tradisional. Susah beno nak cari..
Jangan mengePAU kerana MengePAU dikategorikan sebagai buli dan merupakan kesalahan berat di sekolah.