TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, March 17, 2011

Anak Kunyit

Dalam mood sedih tapi kuatkan juga semangat dengan menerima ketentuan yang telah ditetapkan.

Stok EBM mencair gara-gara suis ada sedikit kejutan elekktrik pada otaknya. Ini di antara cabaran yang boleh meruntuhkan jiwa ibu-ibu yang berjuang untuk penyusuan susu ibu.

Tiada satu pun yang berjaya diselamatkan kerana telah melebihi tempoh 24jam. 

Rezeki si pokok kunyit. Nasihat orang lama.. susu ibu yang berlebihan dan tidak dikehendaki.. tidak boleh dibuang sebarangan. Yang paling baik... jirus pokok bunga.

Anak dara jiran tu kata.. nanti makcik Isza dapat anak susuan... ANAK KUNYIT.