TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, March 21, 2011

Idola saya bila mula berblog

Pertama kali mengenalinya, tercabar sungguh rasanya. Meluap-luap perasaan dengki yang muncul tanpa dapat ditahan-tahan. Dengan jarak umur yang bezanya hanya setahun lantas melayakkan saya untuk memanggilnya abang (nak panggil abang juga sebab dapat rasa diri ni masih muda) tapi.. dia telah jauh ke depan.

Beliau menjadi idola bukan kerana traffiknya.. bukan juga kerana bilangan followersnya.. apalagi kerana beliau menjadi jejaka idaman Malaya tetapi...

Beliau mempunyai sesuatu yang masih jauh untuk saya capai..

Saudara Eqbalzack
Pemilik blog Kurasakan something
Pinjam gambar yer..

Beliau menjadi idola saya kerana tahap pendidikannya. Bergelar PhD Research Student yang bakal melayakkan beliau menerima gelaran Dr. suatu hari nanti...

Nampak sangat yang saya telah ketinggalan keretapi..