TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, March 22, 2011

Kesian orang perempuan

Orang ni salahkan orang tu.. orang tu salahkan orang ni. Bila terjadi sesuatu hal.. jarang sesekali seseorang itu menyalahkan dirinya sendiri.

Hakikatnya.. ibu sejati mana yang tidak menyayangi anaknya?

Demi masa depan anaknya.. dia nekad meninggalkan mereka. Apa yang mampu dia beri jika anak dikelek ke sana ke mari? Perut mereka perlu diisi. Pasir tak boleh menggantikan nasi.

Malangnya dia pula dipersalahkan. Tinggalkan anak kerana dia ingin berfoya-foya. Masyarakat.. mudah benar membuat anggapan. Menderita di dalam.. siapa yang tahu?

Kesian orang perempuan.. salah langkah dituduh nusyuz.

Kuman di seberang laut juga yang jelas nyata.