TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, February 27, 2011

SO YOU THINK YOU CAN DANCE?

Betullah dakwaan yang mengatakan televisyen memberi pengaruh yang hebat pada kanak-kanak. Bukan setakat siaran kartun yang menarik perhatian mereka... siaran berbentuk muzikal juga tidak kurang hebatnya.

Sekarang Astro tengah hebat dengan pertandingan SO YOU THINK YOU CAN DANCE. Layan sekali sekala tengok orang tergelek-gelek tak pasal-pasal ada orang terpengaruh. Lihat sahajalah aksi di bawah ni..

Angah yang sedang meniru aksi seorang penari wanita. Kenapa bajunya diangkat? Penari tersebut memakai baju separas itu.

 Tengok penari tu melompat pusing.. dia pun melompat pusing. Ala-ala tarian India pun ada..

Kalau Along perasan jadi perempuan lagi susah. Siap pakai tuala kat kepala konon-konon rambut ala ikat mayanglah tuuu. Ni penari gendut namanya..

Kanak-anak.. cepat benar terpengaruh..