TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, February 27, 2011

Akak.. tolong sama kita jugakk akakkk...

Rumah saya telah didatangi oleh seorang perempuan India. Tak tua sangat.. tak muda juga.

"Akak.. ada kerja juga akak. Kasi saya kerja juga. Mahu cari sikit duit.. beli amma punya pampers dengan oats kasi.."

"Saya nak keluar ni.. tengah tunggu suami".

"Akak.. tolong jugak akak. Saya kasi bersih ini depan arrr.. kasi sapu bersih.. lipat kain.. sikit-sikit juga akak. Amma punya pampers mahu kasi beli juga".

Kesian pula saya nengoknya. Setiap kali sebut perkataan 'Amma'.. jelas bergenang airmatanya. Dengan keizinan suami.. saya pun membenarkan dia menjalankan tugasnya.

Memang bagus. Cekap pula tu. Berbeza dengan orang yang saya upah dalam entri yang pernah saya ceritakan. Tikar buluh yang ada kat rumah ni siap di angkat sebelum lantai disapu. Kerusi pun dia tarik ke depan untuk bersihkan habuk bawah kerusi. Siap mopkan lantai lagi.

Dah habis depan dia minta bersihkan dapur pula. Dah bersihkan dapur nak diberuskannya bilik air lagi. Kalau tak kerana ammanya yang keseorangan di rumah.. tentunya habis satu rumah ni dikerjakannya.

Saya pun tak mampu bayar lebih-lebih. Tak masuk dalam budget bulan ni. 

"Cukup-cukuplah auntie". ujar saya.

Saya bayar upah yang saya rasa berpatutan dengan kerjanya.

"Akak.. kasi tambah juga akak. Ini tarak cukup mahu beli itu pampers sama oat. Itu tambah.. akak kasi pinjam sama saya. Nanti sinang.. saya datang lagi.. cuci-cuci"

Bertanyakan persetujuan suami. Katanya.. bagilah. Tolong-tolong. Ini masa dia. Kalau dia menipu... itu urusan lain.

Dapatlah auntie tu duit lepas beli pampers tapi tidak untuk oats. Saya orang biasa-biasa juga auntie. Anak masih kecil.. banyak belanja. Rumah saya pun biasa-biasa.

Memang rasa sedih bila lihat airmata auntie bergenang sebab duit oats tak lepas lagi tapi saya memang dah tak mampu bagi lebih walaupun dia kata nak pinjam dulu.

Lepas auntie balik.. saya cuba bertanya pada jiran. Pernah lihat auntie tersebut tak? Ternyata jiran kenal dengannya dan memang auntie tu selalu ambil upah bersihkan rumah. Bila terdesak nak duit.. siap nak jual surat pajak gadai lagi.

Saya cuba terangkan pengajaran yang diperolehi kepada anak-anak. Betapa kasihnya seorang anak pada ibunya.. sanggup susah payah asalkan keperluan ibunya dipenuhi. Harap anak-anak saya tetap menyayanginya saya selama-lamanya. Apalagi doa dari mereka anak yang soleh...