Orang Cina selalu kata yang saya ni bawa 'Ong'.
Dari pengalaman saya terutama jika berkaitan dengan perniagaan.. kalau saya singgah mana-mana kedai yang asalnya tiada pelanggan akan dipenuhi dengan pelanggan. Pernah juga seharian seorang pemandu teksi ni tak dapat penumpang. Saya orang pertama yang jadi penumpang dia. Lepas tu.. punyalah banyak yang tahan teksi dia tapi nak buat camni.. yang muat cuma empat penumpang sahaja.
'You ni bawa 'Ong' tau!', Kata pemandu teksi berbangsa Cina tersebut.
Memang selalu ayat ni dituturkan dan sebagai balasan.. saya selalu dapat diskaun atau barangan percuma.
Itu kepercayaan mereka.
Kita?
Adakah kamu juga seperti saya?