TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, February 26, 2011

Bakal dapat ibu susuan - Insyaallah

Syukur ada yang offer diri nak jadi ibu susuan Muaazin. Rasa tak sabar-sabar menunggu tiba saatnya. Bakal ibu susuan Muaazin juga tak sabar-sabar nak susukan Muaazin. Dalam menunggu masa ni.. bakal ibu susuan Muaazin dah terasa nak susukan tapi orang tua-tua kata tak elok. Apalagi... anak yang sedang dikandungnya anak sulungnya. Kalau ikut kata doktor.. tak mengapa. Tak datangkan masalah pun. Apa-apa pun.. sabar menunggu saatnya. Kalau rezeki.. takkan kemana.


Gambar bakal ibu susuan Muaazin. Kecil molek jer orangnya macam budak darjah enam. Kalau nak dibandingkan dengan kakak ipar dia ni mahu tiga kali ganda. Saya memang tak suka jalan sebelah dia sebab nampak sangat yang saya ni termasuk dalam golongan 3G.

Dah sampai Ipoh pun dia. Nak berpantang kat rumah mak mertua sebab nak dekat dengan suaminya. Kalau balik Johor.. berapa kali sangat adik saya dapat menjenguk dan kosnya pula tinggi. Nak dapat orang baru.. kena jimat-jimat sikit.

Waktu scan doktor kata baby girl. Kalau betul baby girl.. akan di manjakanlah oleh ibunya nanti (saya). Bakal ibu susuan Muaazin ni kami panggil Mama. Tak dapat bayangkan shopping baju renda-renda. Suka gituuu..

Apa-apapun saya doakan urusannya dipermudahkan dan yang paling penting sekali ibu dan bayi yang bakal lahir selamat...

Amin~