Kenapa misteri?
Masa saya dimaklumkan yang saya ada satu saman.. abah yang menerima sms tersebut.. bukan saya. Bila saya buat semakan dengan menghantar email dan sms.. tiada pula saman.
Saman tersebut dikeluarkan pada tahun 2008. Dari 2009 hingga 2010 saya lepas untuk buat roadtax baru tanpa sehatan dan tiada makluman yang memberitahu yang saya memiliki saman.
Tahun ni.. pembaharuan roadtax disekat untuk setahun kerana saya memiliki satu saman. Bila disemak.. saman tersebut ialah saman pandu laju di Muar (Johor).
Saya sangkakan itu saman abah sebab abah ada hantar adik bongsu saya yang belajar di Johor. Bila tanya pada abah.. abah kata dia tak lalu kawasan Muar. Kalau lalu highway ke Johor Bahru.. ada termasuk kawasan Muar x?
Maka.. menjadi misterilah saman tersebut sebab saya tidak pernah memandu ke Johor. Masa urusan peminangan dan perkahwinan adik saya dulu.. saya naik kereta yang lain.
Saya memang tak suka disaman dan seboleh-bolehnya saya ingin jadi pemandu yang berhemah. Dalam misteri tak misteri ni melayang dah RM150. Suami dah jelaskan saman. Heran juga yer? Ada sesiapa ingin berikan pandangan?
Abaikan tompokkan pada resit saman tu.. itu bukan misterinya..