TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, February 6, 2011

Pulangkan

Nak buat macamana bila tak rasi? Aturannya... 3 biji sehari tapi dikurangkan 2 biji sehari. Dah cuba untuk ambil 1 biji sehari... masih juga tak rasi. Akhirnya cuba selang hari.. hasilnya sama juga.

google
Baby yang tak tahan. Habis badannya naik ruam. Risau juga kalau terus amalkan.. ruam bertukar kudis. Walau badan nak kena jaga.. baby pun kena jaga sama.

Ada lagi tiga botol yang masih belum dibuka plastiknya. Dah offer pada adik ipar yang bakal bersalin bulan 3 ni tapi dia taknak. Yang dah buka ni pun masih berbaki. Nak amalkan selepas habis pantang ni pun tak berani. Tak semua orang rasi.

Produk untuk penjagaan luarannya okey. Minyak telon, Ammy Massage dan Ammy Heat semua dah habis digunakan. Pati Haruan dia Ammy Sixty Days pun bagus. Dah dua botol saya beli.

Bila tak boleh guna sayang pula nak buang. Saja cuba tanya tuan kedai.. boleh ke saya tolak balik dan ambil produk lain? Memang dah tahu jawapannya tak boleh tapi tuan kedai menggunakan budi bicaranya. Dia ambil semula dengan tawaran separuh harga.

Dari tak guna lebih balik saya pulangkan dan ambil produk lain. Ingatkan nak ambil set bersalin yang lain tapi tuan kedai kata tak perlu sebab dah habis pantang. Ambil jer produk yang boleh guna terus dan dia mengesyorkan produk di bawah.


Saya memang dah ambil produk ni selepas sebulan berpantang. Setakat ni memang rasi dan rasa kesannya. Saya fikir baik saya ambil lagi satu. Simpan buat stok.

Kadang-kadang, lebih elok makan yang buat sendiri punya tapi rajin tak rajin jelah masalahnya. Kalau yang beli ni.. main telan jer.. tak payah nak rebus, blender atau sebagainya.