Kalau nak kerja.. buatlah elok-elok. Janganlah buat kerja semata-mata nakkan upah sahaja. Kalau dengar gebang macam hebat jer bunyinya. Orang sana panggil.. orang sini cari tapi rupa-rupanya ada agenda tersembunyi.
Baru-baru ni saya mengupah seseorang untuk bersihkan rumah ni. Tak termampunya saya nak bersihkan seorang diri. Rumah 'end lot' ni.. betul-betul menjadi tempat persinggahan habuk yang berterbangan. Tak tahu dah macamana nak atasi. Tak sampai sejam mop rumah pun dah berhabuk semula. Apalagi dengan karenah anak-anak yang sedang membesar. Semuanya nak diselongkar.
Boleh bayangkan tak orang bersihkan rumah siap dalam tempoh satu jam? Kita minta tolong vacuum boleh dia kata tak payah. Bukan lipat kain tapi gulung kain. Minta lapkan habuk atas rak kat situ jerlah yang dia lap. Kat mana kita tunjuk kat situ jer dia buat.
Nak kata lurus bendul tapi katanya memang ambil upah kemas rumah. Takkan tak tahu buat kerja. Dua tiga kali bagi arahan jemu jadinya. Bukan suka nak mengarah. Kalau dah biasa.. mesti sedia maklum.
Last-last saya perhatikan sahaja. Dalam hati.. ni jenis orang yang buat kerja ala kadar asal dapat upah RM10/RM20 jadi ler. Minta tolong sidai kain dia sidai kain jer lah. Besen pun tak diletakkan semula. Saya tak membebel tapi mak yang membebel. Sambil minta tolong buat kerja kita nak tolong dia sama tapi dia tak tahu nak tolong diri sendiri rupanya.
Nasib baiklah anak-anak dara jiran anak lima ni rajin. Mereka offer diri nak tolong makcik Isza. 5 jam bebudak tu kemaskan rumah. Siap vacuumkan tangga dan berus bilik air lagi. Lagi berbaloi bayar upah kat mereka.