Selalunya bila bercerita tentang luka yang berdarah kembali.. pastinya ianya sesuatu yang menyakitkan. Samaada ianya luka yang benar-benar luka ataupun hati yang terluka. Ibarat sesuatu yang sudah pulih tapi berulang kembali penderitaannya.
ada sesiapa yang akan pengsan bila tengok darah?
Terkejut bila tengok ada kesan darah pada tisu. Bermacam-macam soalan bermain di fikiran. Kenapa luka pembedahan saya berdarah kembali? Pantang dah pantang dah. Ubat dah makan. Haruan dah amalkan. Sepatutnya dalam tempoh dua minggu luka pembedahan akan kembali pulih tapi mengapa luka pembedahan saya kembali berdarah selepas habis pantang?
Masa cek kat klinik hari tu jururawat kata dah elok dah. Semuanya okey. Saya lasak sangat ke? Mungkin juga sebab selalu marahkan dua anak soleh yang lasak tu? Jiran anak lima pula kata sebab saya banyak minum air.. luka tu kembang (dia terkejut tengok saya minum air dalam gelas besar).
Siapa kata bersalin melalui pembedahan lebih mudah dari salin biasa. Hal yang sebeginilah yang paling ingin dihindari. Kalau bersalin biasa.. 2 minggu dah okk dah tapi kalau dibedah.. dua tahun pun belum tentu elok.
Ada lubang kecil sebesar jarum pada bekas pembedahan. Dari situlah darah ni keluar. Rasanya luka tu terbuka semula. Janganlah bernanah hendaknya. Ada orang yang terpaksa berulang alik ke hospital cuci luka pembedahan yang bernanah. Tanpa ubat bius. Tahan sakit je lahhh.
Apa yang patut dilakukan jika luka berdarah kembali? Tempat pembedahan tu hendaklah dipastikan kering selalu. Seelok-eloknya cuci dengan kapas yang mengandungi 'Alcohol Swabs' untuk menghindarkan bakteria dan yang paling penting.. jaga pemakanan. Elakkan dari melakukan kerja-kerja berat sehingga benar-benar sembuh. Jangan sesekali letak minyak pada luka pembedahan tersebut.
Nak buat macamana kan? Bersalin ketika anak-anak tengah lasak beginilah. Nak tengok jer.. rasa sakit telinga.. bila dilayan... sakit badan.
Siapa ada petua untuk luka tu kembali pulih dengan elok?