Memang saya rasa tak sedap hati semalam. Kena-kena pula Along lambat balik. Mak Ngah kata nak pergi Jaya Jusco sahaja tapi sampai pukul 6 petang tak balik-balik lagi. Dalam fikiran mulalah fikir macam-macam. Last-last pujuk hati sendiri.
Takda apa-apa kot. Kalau apa-apa berlaku mesti ada yang maklum.
Tapi dalam hati terfikir juga kalau tiada siapa yang maklumkan. Maklumlah.. dah tinggal dua hari ni. Mesti mereka taknak saya risau. Nah.. kan betul apa yang naluri seorang ibu rasakan.
Angah pun berperangai pelik semalam. Selalu dia tak kisah kalau Along keluar tapi semalam sibuk dia tanya bila Along nak balik? Sampai nangis-nangis pula kerana rindukan Along. Rupa-rupanya.. Angah dah dapat rasa dulu.
Nak dekat pukul 9 malam baru Along dihantar pulang ke rumah. Itupun takda seorang pun cerita apa-apa lagi. Saya hanya tahu bila saya telefon dan bertanya pada Along. Malam semalam Along bangun dalam pukul 3 pagi mengadu sakit sana sini dan rasa nak muntah. Risau juga. Dah sapu minyak kat semua badan Along dan suruh dia tidur. Pesan pada dia.. kalau rasa tak kena cepat-cepat kejut ibu.
Pemilik kenderaan yang tak bertanggungjawab tu pun dah dikesan. Terima kasih kepada mereka yang sudi membantu. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Hubungan antara keluarga.. pernahkah anda mengalami perkara yang sama?