TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, February 4, 2011

Melampau!

 google

Memang dia melampau. Kalau tak sabar memang nak ... (takmau tulis sebab takut ada yang telefon teledera nanti). Nak sabar pun kadangkala setakat mana boleh sabar? Orang marah untuk kebaikan dia juga. Yang dia tahu ikut nafsu dia jer. Tapi... apalah yang dia tahu kan?


Macamana saya tak marah.. tengoklah kandungan susu dalam botolnya. Kalau dia ikut nafsu.. boleh habiskannya (memang selalu ikut nafsu). Yang saya geram.. minum susu selagi hendak lepas tu muak sampai keluar kot hidung. Kan membahayakan diri dia juga. Kalau tak turut kemahuannya.. melalak-lalak sampai dapat apa yang dia nak.

Umur baru sebulan lebih tapi dia boleh habiskan 7oz tau. Anak yang dah nak dekat setahun yang selalunya minum susu banyak tu. Memang dia tak minum sekaligus tapi tempoh masanya agak hampir juga. Bagi saya.. agak melampau jumlah susu yang dia minum.

Saya dah cuba alihkan perhatian dia dari nak menyusu sesaja. Asal celik nak minta berisilah perutnya, Puting kosong tak berapa nak. Susu ibu pun dia tak minum banyak tu (mungkin dia rasa tak puas). Kalau dukung pun sekejap jer.. pastu bisinglah semula.

Sekarang ni.. apa yang saya buat.. saya cubit-cubit pipinya bagi susu tu sikit-sikit tapi kerap. Kalau dia menangis biasa-biasa saya tak bagi dia menyusu terus. Dah tanya doktor tentang masalah ni dan jawapannya... memang anak yang ibunya ada kencing manis masa mengandung dulu kuat menyusu kerana dia selalu rasa lapar. Apa yang doktor syorkan adalah sama seperti yang saya lakukan.

soksek: Orang dulu-dulu kata kalau anak kuat menyusu/ makan sebab tempurung urinya besar jadi kalau nak tanam uri.. gunakan tempurung yang muat-muat ajer..