TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, February 4, 2011

Hai jiran anak lima.. sampai air kunyit pun sedap sekali rasanya - Jom ketahui khasiat air kunyit

Sungguh! Air tangannya memang sedap. Bukan setakat pandai memasak jer. Air kunyit yang dia buat pun sungguh sedap rasanya. Tak tahulah apa rahsia jiran anak lima ni. Kena gi nuntut ilmu dengan dia ni.

 Inilah rupanya air kunyit yang jiran anak lima buatkan.

Dah dua hari saya minum air kunyit ni. Seperti biasa.. pepagi jiran anak lima dah hantar. Air kunyit ni pun ditumbuk untuk mendapatkan airnya. Masa mula-mula nak minum.. risau jer membayangkan rasanya tapi bila dah minum... mak aiiihhh.. kenapa sedap rasanya?

Dek kerana kesedapannya membuatkan saya tertunggu-tunggu pada hari berikutnya. Ada rahsia juga kenapa air kunyit ni rasanya sedap. Rupa-rupanya jiran anak lima campur dengan air asam jawa. Lepas ni bolehlah jadikan amalan tapi tak boleh selalu. Nak tahu kenapa tak boleh selalu?

Air kunyit ni mengeringkan darah... nak cepat menopous?

Ini di antara khasiat air kunyit. Ada yang diminum begitu sahaja dan ada juga yang dicampur dengan bahan-bahan yang lain.
  1. Mengecutkan peranakan untuk wanita2 yang bersalin.
  2. Melancarkan perjalanan darah
  3. Mencegah kulit daripada cepat berkedut
  4. Memanaskan badan
  5. Mencantikkan kulit
  6. Membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angin dalam perut.
  7. Meningkatkan pengeluaran sel darah merah
  8. Membantu masaalah datang haid bulanan
  9. Merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.
  10. Mengurangkan paras kolesterol darah
  11. Mengatasi pembentukan ketulan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung
  12. Menghilangkan bau badan
  13. Mengatasi masalah keputihan

Banyak sekali khasiat air kunyit ni. Kalau nak tahu lebih lanjut.. google ajer.