Kalau orang selalu kata jangan menoleh ke belakang atau jangan pandang belakang dalam kehidupan kita tapi TIDAK untuk satu perkara.
Maaf. Ini entri bengang. Mana tak bengang bila anak sendiri dilanggar orang tapi yang melanggarnya buat perangai macam orang BENGONG.
Kisahnya.. Along ke TESCO bersama Mak Ngah dan sepupunya semalam. Dalam perjalanan.. adalah seseorang yang sedang mengundurkan kenderaannya. Macamana boleh dapat lesen tahhh. Kalau undur tak nampak bebudak kat belakang kereta mungkin alasan tak perasaan tapi kalau dah orang besar pun lalu kat belakang tuu.. takkan tak perasan lagi?
Mak Ngah Along siap ketuk bonet kereta tu bagi amaran tapi budak tu boleh buat dek ajer. Okey.. kalau sekali memang tak perasaan tapi kalau dua kali? Along jatuh dan kakinya tersepit bawa tayar. Mak Ngah yang tengah kalut ni pun pergilah ke tingkap tapi budak tu buka separuh jer.Dah bagi tau ada budak kat belakang tapi dia cuba nak undur lagi.
Nasib baiklah Along dah berjaya keluarkan kakinya dan ketepi tapi sepupu Along masih ada di belakang kereta dalam troli. Orang suruh turun settle dia buat muka blurrr macam orang BENGONG. Bila Along dah ke tepi.. boleh dia blah macam tu ajer. Mak Ngah hanya sempat tarik wiper kereta budak tu.
Memanglah tak berdarah apa-apa tapi yang dalam tak tahu. Budak kan.. tulangnya masih lembut. Balik rumah Along rasa sengal-sengal badan dan siap ajak ke klinik. Dia rasa sakitlah tu. Kalau tak sakit dia tak bising. Yang sepupu Along tersepit dalam troli. Budak tu baru 10 bulan tu. Sakitlah badan dia.
Budak yang langgar tu budak perempuan muda. Ehhh.. kau tu perempuan dan nanti kau pun nanti ada anak tau! Tak reti-reti nak bertanggungjawab langsung. Mak Ngah dah buat laporan polis. Nombor kereta tak dapat kesan lagi sebab pejabat tutup kerana Cuti Tahun Baru Cina.
Siapa yang tahu siapa pemilik
Sama-samalah kita ingatkan termasuk diri kita juga. Apalagi kalau kat shopping kompleks. Kemungkinan untuk kanak-kanak melintas secara tetiba adalah tinggi. Jangan main undur jer. Kena pula kanak-kanak ni badannya comel jer. Memang kadangkala kita tak perasan. Dengan bebudak jangan buat main.. undang-undang memang tak melindungi kita punya walaupun mereka yang salah.