Mahligai idamanku. Tak perlu lukis awan kerana awan bewarna putih. Cungkil sahaja cat yang ada. Ohhh.. matahari kelihatan hanya sejengkal dari kepala.
Dak Pooh? Bukanlah sejenis kucing seperti kucing-kucing kepunyaan Cik Tedi dan tiada kaitan langsung dengan PojiePooh.
Hasil seni yang memberi seribu makna. Adakah ianya huruf-huruf yang tersembunyi? Dian yang sedang membara? atau mungkin manusia yang sedang mengeluarkan kuasa apinya?
Mengaplikasikan apa yang diajar oleh guru di sekolah. Menghasilkan corak hanya menggunakan garisan.
Buku conteng dah beli.. papan conteng pun dah beli.. dinding juga nak dicontengnya. Kalau anak sedang membesar.. halalkan sahaja tingkahlaku yang begitu. Jangan haraplah cat dinding tu seperti warna asalnya. belum campur bab kertas dinding. Ibu tampal.. deme koyak... huhuhu..
Ketuk dah kena ketuk tangannya tapi camtu juga. Habis tu camna?
Ini bukan 'mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?'