TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, February 22, 2011

Kopi Hang Tuah Pahlawan Terbilang

Pengasas kopi ini pasti sekali bukan Hang Tuah pahlawan terbilang. Yang pasti.. penggunaan nama Hang Tuah sebagai jenama kopi agak unik bagi saya. Pelbagai tafsiran yang dapat diberikan dalam mengambarkan keenakan kopi tersebut hanya dengan nama HANG TUAH.


Yang uniknya... kopi ni tersedia dalam uncang. Mudah menyediakannya. Suami yang suka minum kopi. Dia tertarik dengan bentuk tin yang nampak eksklusif baginya. Nak buat koleksilah tuuu..

Teringat kopi makwe. Kopi air tangan mak angkat saya masa praktikal di Kedah. Enak tak terkata. Kena-kena pula.. cicah dengan roti kepala lutut. Perghhh!!!

Untuk mereka yang menyusukan anak... tak elok minum kopi. Dari info yang diperolehi.. kopi mengurangkan penghasilan susu badan.

Kopi juga mengecutkan payudara.

Abah selalu pesan kepada saya... jadilah Hang Tuah bila saya memegang tittle guru. 

Saya yang menurut perintah...

soksek2: Ingat kopi.. ingat Jo Qusary