TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, February 22, 2011

Angkara Admiral Hafiz - Elehhh.. kita pun ada tauuu..

Semuanya angkara dia. Tak pasal-pasal jer air liur ni melelehhh. Dan-dan ambil kunci.. angkat budak kecik.. start kereta untuk memenuhi keinginan yang membuak-buak. Angkara Admiral Hafizlah niii..

V

V

V

V

V


Kan tak pasal-pasal hancusss dietku. Dah lama rasanya tak makan roti aiskrim ni. Last sekali.. masa kecil dulu gamaknya. Masa tu harganya RM0.50 sahaja. Kalau sekarang.. mahu cecah RM2.00.

Rasanya ramai yang kenal blogger yang bernama Admiral Hafiz. Kategori blogger popular juga dia ni. Penulisannya pun ada identiti yang tersendiri. Entrinya pula selalu mengungguli carta Popular Hari Ini di Geng Blogger.


Admiral Hafiz.. akak pun ada roti aiskrim tau. Perasa vanilla campur coklat lagi. Makan pula dengan roti bersalut keju. Perggghhh!!!

Ada tak yang tak pernah makan roti aiskrim?