TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, February 22, 2011

Pili Bomba - Penghilang dahaga di panas terik

Memang jarang orang ambil kisah tentang pili bomba. Kalau perasan pun bila melihat ada individu yang melakukan kesalahan. Itu pun.. kehadiran pili bomba tersebut masih tak diperasan oleh individu yang melakukan kesalahan tersebut. Yang perasan pula.. selalunya hanya berlalu pergi tanpa apa-apa tindakan melainkan mereka yang bertugas mengeluarkan saman.


Perasan tak apa yang uniknya pili bomba ni?

Nilah namanya kreatif tak bertempat. Mentang-mentanglah pili bomba tu bekalkan air bila berlaku sesuatu kebakaran... ada pula hamba Allah yang bekalkan air pada pili bomba tersebut. Agaknya... dia kesiankan pili bomba tu yang terpacak kepanasan. Itu sebabnya digantungnya bungkusan air  di situ. Bukan koman-koman punya air tu.. air oren lagi.



Kalau diikutkan.. memang jarang ada orang yang akan perasan ada bungkusan air yang tergantung di situ.

"Alahhh.. setakat gantung air oren.. bukannya salah besar punnn".

Siapa kata? Sila baca kenyataan di bawah..

Mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1998 (Akta 341), Seksyen 26, mana-mana orang menutup, mengepung atau menyembunyikan mana-mana pili bomba hingga menjadikan tempatnya sukar dipastikan, atau mengganggu mana-mana pili bomba, atau menggunakan pili bomba selain daripada tujuan menentang kebakaran adalah melakukan suatu kesalahan.

Mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1998 (Akta 341), Seksyen 58, mana-mana orang yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata baginya apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit (RM 5000.00) atau penjara selama tempoh tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Jangan nanti.. hanya kerana sebungkus air oren.. melayang RM5000.00 atau tak pasal-pasal ada rekod hitam dipenjarakan.

 
Individu ni bukan sahaja melanggar Akta Perkhidmatan bomba tapi turut melakukan kesalahan lain iaitu menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya (zalim) dan mencemarkan alam sekitar (pembuangan plastik). Nasib baik air oren.. kalau air jernih.. tak pasal-pasal jadi tempat pembiakan nyamuk pula.

Kalau dibiarkan.. agak-agaknya.. berapa lama bungkusan air itu akan berada di situ? Mungkin sampai ada bomba yang menggunakan pili tersebut kot.

Ehhh.. ada ke orang rajin yang nak tolong buangkan  bungkusan air tersebut di tempat yang sepatutnya?

Foto-foto pili bomba ini diambil pada 21 Februari 2011 kira-kira jam 1:00 petang di sebuah kawasan perumahan (Taman Perpaduan Koperasi).

Entry ini ditulis untuk Cabaran Foto Pili Bomba Ondscene .
Buat Kak Jie dengan entri menariknya Pili Bomba Dari Angkasa, terima kasih kerana berkongsi informasi ini.