TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, January 28, 2011

Minggu terakhir yang penuh dugaan - Alahai cikguuu.. alahai ustazahhh...

Peringatan orang lama, minggu terakhir inilah yang paling kuat dugaannya. Minggu terakhir inilah yang perlu ketat pengawasannya. Minggu terakhir inilah yang kalau tak betul gaya boleh meroyan atau bentan jadinya.

Nak percaya? Tak percaya?

Saya dah mula rasa bosan. Kalau ikutkan hati takut merana diri.

Dah mula terlong-lolong marahkan Along. Mula abaikan kesan yang harus ditanggung. Masakan tidak? Along buat perangai taknak sekolah gara-gara borang maklumat diri murid yang tak lengkap. Hari ni bagi esok cikgu suruh pulangkan. Biar betul cikgu Along ni? Mana nak dapatkan slip gaji? Mana nak dapat cop majikan? Mana nak siapkan photostat surat beranak dan kad pengenalan ibubapa dalam tempoh tak sampai sehari?

Saya dah pesan pada Along... beritahu cikgu yang ibu baru lepas bersalin. Beri tempoh seminggu. Abahnya balik hujung minggu. Bebudak... apa yang dia tahu? Apa yang cikgu dia pesan yang tu dia pegang. Cakap ibu satu sen tak laku. Taknak sekolah sebab cikgu kata siapa tak hantar cikgu rotan. Itu ayat cikgu yang diulang-ulang tak sudah-sudah.

Kat sekolah agama pula satu hal. Baju sekolah agama Along koyak akibat direntap. Bukan sekali tapi dua kali. Kali pertama dah sound dah budak tu. Dah tahun empat yang pergi buat perangai kat budak tahun dua kenapa? Tak makan saman punya pasal diulangnya lagi. Dahlah bajunya satu tu jer. Ustazah suruh ibu jahit je baju tu. Bukan masalah jahit tapi masalah perangai budak tu. Apa tindakan ustazah?

Memang banyak-banyak bersabar sekarang ni. Sebagai seorang guru... saya ingatkan diri saya untuk tidak meletakkan anak murid saya dalam masalah seperti ini. 

Dugaan~

Pasti ada hikmah di sebaliknya...